Tuesday, August 11, 2009

Modul Pelupusan e-Tanah (Bhg 1)

Hak Dan Kuasa Pihak Berkuasa Negeri Keatas Tanah

Tanah adalah Hak Negeri dibawah Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Pihak Berkuasa Negeri mempunyai hak keatas semua tanah yang terletak didalam sempadan negeri termasuk semua mineral atau bahan batuan didalam dan diatas tanah dan mempunyai hak pelupusan keatasnya mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965, Enakmen Mineral 2005 dan Akta Rizab Hutan 1984. Cara dan peruntukan pelupusan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi maksud penggunaan dan pengeluaran mineral, bahan batuan dan bahan hutan yang ada didalamnya, serta hak untuk menggunakan ruang udara, hak laluan dan sokongan kepada tanah itu dalam bentuk asalnya dinyatakan didalam undang-undang yang tersebut diatas dan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu.

Pelupusan

Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk melupuskan tanah kerajaan, tanah lombong dan tanah rizab (kecuali rizab hutan) kepada individu, perbadanan, pertubuhan atau raja pemerintah dengan cara berikut:

Dengan cara pemberimilikan tanah kerajaan dengan tempoh tidak melebihi 99 tahun atau selama-lamanya bagi kes-kes:

  • Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah tersebut akan digunakan untuk kegunaan awam
  • Kerajaan Persekutuan memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk memilikki tanah secara selama-lamanya
  • Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan yang istimewa yang menyebabkan ianya sesuai dilaksanakan (s. 42(1)( c) dan 65 KTN)
  • Memberi pajak tanah rizab untuk tempoh tidak melebihi 21 tahun
  • Memberi lesen untuk menduduki sementara tanah kerajaan atau tanah lombong yang pada masa itu tidak digunakan untuk maksud perlombongan, dan tanah rizab yang pada masa itu tidak digunakan bagi maksud ianya dirizabkan
  • Mengeluarkan permit untuk memindahkan bahan batuan daripada tanah kerajaan, tanah milik, tanah lombong dan tanah rizab.
  • Mengeluarkan permit untuk menggunakan ruang udara diatas tanah kerajaan atau tanah rizab untuk tempoh tidak melebihi 21 tahun bagi membina, menyelenggara atau meletakkan struktur diatas atau “over” tanah sebagai adjuct kepada struktur on adjoining lands.
  • Melupuskan tanah bawah tanah milik , tanah kerajaan dan tanah rizab sebagaimana yang ditetapkan prosedurnya dalam Kanun Tanah Negara.
  • Melupuskan tanah bagi tujuan perlombongan dibawah Enakmen Mineral 2005.

Walaubagaimana pun bagi kes tanah-tanah yang tertakluk kepada “pertanian” atau “bangunan” atau mana-mana syarat memerlukan ia digunakan bagi maksud pertanian atau bangunan, pelupusan hanya boleh berkuatkuasa keatas bukan warga negara atau syarikat asing dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana pelupusan yang tidak memenuhi syarat–syarat ini adalah tidak sah. Sekatan ini walaubagaimana pun tidak terpakai bagi kes tanah kategori “industri” atau mana-mana syarat yang memerlukan ianya digunakan untuk tujuan industri atau kepada “sovereign, government, organizations and other persons authorized to hold land under provisions of the Diplomatics and Consular Privileges Ordinance 1957”.

Berkaitan dengan urusan pelupusan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan cara pemberimilikan, adalah penting diingat bahawa pemberimilikan akan hanya berkuatkuasa pada tarikh pendaftaran hakmilik tanah berkenaan atas nama pemohon yang berkaitan walaupun tanah itu telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada pihak yang berkenaan dan masih merupakan tanah kerajaan sehingga hakmilik tanah itu didaftarkan.

Dibawah Modul Pelupusan e-Tanah, aplikasi yang dibangunkan ialah:

· Pemberimilikan Tanah

· Lesen Pendudukan Sementara (TOL)

· LMS, Permit dan Permit untuk pengeluaran bahan batuan

· Jualan tanah kerajaan secara lelong

· Permohonan pelupusan stratum tanah bawah tanah

· Permohonan untuk memajak stratum tanah bawah tanah dibawah tanah rizab

· Permohonan untuk independent and unrelated use stratum tanah bawah tanah

· Pajakan tanah rizab

· Haklalulalang awam

· Haklalulalang persendirian

· Pembatalan haklalulalang

· Proses pewartaan dibawah Akta Pemuliharaan Tanah 1960

· Permohonan dibawah Akta Elekterik 1960

· Permohonan pewartaan tanah dibawah Akta Kawasan Penempatan Berkelompok 1960

· Pembatalan warta dibawah Akta Kawasan Penempatan Berkelompok 1960

· Peristiharan tanah Rizab Melayu

· Peristiharan pembatalan tanah Rizab Melayu

· Peristiharan pindaan sempadan atau limit Rizab Melayu

· Peristiharan untuk memasukkan tanah dibawah Rizab Melayu

· Permohonan untuk tambah atau batal atau pinda Jadual Kedua dan Ketiga Rizab Melayu

· Permohonan Lombong

Permohonan Lombong mempunyai 38 sub-modul:

· Permohonan Lesen Memfosik

· Permohonan Lesen Mendulang

· Permohonan Lesen Melombong Individu

· Permohonan Lesen Carigali/Penjelajahan

· Permohonan Pajakan Lombong

· Permohonan Pajakan Lombong Tanah Kerajaan Bawah Tanah Milik

· Permohonan Lesen Air

· Permohonan Lesen Melombong Tuan Punya dan Tukar Syarat

· Permohonan Lesen Carigali Dengan Peluasan Batuan Keras

· Permohonan Pelencongan Air Dari Atau Merentasi Tanah Milik (S. 110)

· Permohonan Kepada Penguasa Lombong Pemindahan Kerja Pelencongan ke Bahagian Lain Tanah

· Permohonan Pengubahan Atau Gangguan Kepada Tebing Sungai

· Permohonan Membaharui Lesen Carigali/Penjelajahan

· Permohonan Membaharui Pajakan Lombong

· Permohonan Memindahmilik Lesen Carigali/Penjelajahan

· Permohonan Memindahmilik Lesen Melombong Tuan Punya

· Permohonan Memindahmilik Pajakan Lombong

· Pembatalan Lesen Carigali/Penjelajahan

· Pembatalan Lesen Air

· Pembatalan Lesen Memfosik

· Pembatalan Permit Air

· Lucuthak Pajakan Lombong

· Pembatalan Lesen Melombong Tuan Punya

· Penggantungan dan Pembatalan Lesen Mendulang

· Penggantungan dan Pembatalan Lesen Melombong Individu

· Penggantungan Lesen Air

· Penggantungan Permit Air

· Penggantungan Sementara Lesen Air

· Penggantungan Sementara Permit Air

· Penyerahan Pajakan Lombong (Seluruh dan Sebahagian)

· Penyerahan Lesen Melombong Tuan Punya

· Penyerahan Lesen Carigali/Penjelajahan

· Perintah Bayaran Pampasan Pajakan Lombong

· Pemungutan Tunggakan Fi, Sewa, Royalti Dsb

· Pelan Pemulihan Pajakan Lombong (Seksyen 126 Emn)

· Deposit Bagi Pembayaran Pampasan

· Perintah Pulih Tebing Sungai

· Perisytiharan Kawasan Melombong Individu/Mengubah dan Membatal Perisytiharan

No comments:

Post a Comment